Followers

Selasa, Jun 22, 2010

Part 2

Salam n hai semua my frenz... Hari ini baru kesempatan nak update blog... almaklumle cuti sakitnye lama tapi tak boleh nak beronline. Bz memanjang masa tu... hhuhuhuuu... Cuti sakit yang tak leh nak rehat... sebab abah lak kena tahan di ICU... heart attack.. dah tugas anak kan jaga bapanye... tak gitu... layan jer arr...


Al_kisah lepas operation, tangan sebelah kiri yang dibuang kelenjar ketiak ni bile nak gerak2 mak aihh.. sakit bebenor... lepas ni takdelah nak regang2 tangan dah... tak luruskan tangan keatas dalam mimpi bolehlah... cuba jugak buat tapi sekerat jalan jer arrr... sedih gak... nak tidur pon dah tak selesa.... arrrggghhh!!.. kadang-kadang sampai tahap nyesal lak buat pembedahan ni... tapi... redha aje arr.... sakit macam mana sekali pon tetap kena buat fisioterapi kat tangan kiri tu sebab tak nak bagi otot sekitar bahagian itu keras & kejang.. if terjadi lagi banyak masalah. Nak dijadikan cerita kuar je spital keesokkan harinya pulak abah masuk ICU.. mmg bersenam sungguhla tangan n kaki ni.. dah tak macam orang baru lepas operation dah.. seb baik takde mende..

Ekceli dah seminggu dah kerja. Tapi minggu ni baru boleh relaks... dapatlah berehat.. tapi esok (Rabu 23.06.2010) ada appoinment dengan Dr. Mohan jam 1030am untuk kaunseling rawatan kemo.. Untuk makluman, kemoterapi ni hanya boleh dilakukan 3 or 4 minggu selepas pembedahan.. Berdebar2 jugak nak kemo ni.. tapi insyaallah takde mende .. kot.... hehheheeee.. tapi Dr. Seow (dr kesayangan aku nih tau - die lah yang banyak ambil berat) bagi good new katanya ana tak perlu buat radioterapi... alhamdulillah.. cuma sekarang ni, kemoterapi perlu kerana sebab dalam darah agen kanser dah aktif.. meh ana nak kongsi sikit kanser ana... just to show apa yang penting.. yang semua orang perlu tahu...


Bila kita ada lump walaupun tak menunjukkan sel kanser adalah dinasihatkan (if berkemampuan) buatlah blood test untuk kesan kanser dalam darah - berapa hinggit tak sure lak yer. Ana buat sekali semua test darah termasuk test kanser kos dalam rm500.. Ana buat semua ini di KPJ Ipoh Specialist Center. Kenapa ana buat kat situ banyak sebab... Kalu u all baca mgkin u all leh faham kenapa ana tak buat di kerajaan. Hospital kerajaan memang takkan blood test untuk agen kanser if result lump tu tak menunjukkan kanser. Ini berdasarkan kepada pengalaman sendiri.. Padahal beza ana buat lumpectomy surgery dengan pembedahan sekarang hanya 2 tahun sahaja.. 1st operation buang lump buat di hospital kerajaan pada 09.09.2008.. kalaulah pada masa 2008 ni hospital kerajaan buat test kanser dalam darah.. tentu tahap kanser ana ni taklah seteruk ini... life must carry on...

Result tu akan tulis macam ni... (cth ni guna result ana yer)

Cancer marker screen


Alpha- fetoprotein - ......
CEA - ......
CA 19-9 - .....
Cancer antigen 125(CA125) - 61.7 U/ml <35
Cancer antigen 15-3(CA15-3) - 15.5 U/ml <28.0


- satu lagi kalu buat kat hospital kerajaan jangan haraplah nak dapat salinan. Ana pon tak tahula kenapa... Ini tak sepatutnye berlaku.. Siapa yang ada kuasa besar dalam kerajaan tu buatlah sesuatu.. Sebab semua ni kite berhak tahu yer.. Our body n our condition..

Bila dah tahu keputusan darah & confirm ada agen kanser tu barulah siasatan akan diteruskan.. untuk menjejaki kat mana kanser tu berada.. mamogram n CT scan akan dilakukan termasuk ultrasound di tempat2 yang disyaki... ini semua doktor akan suggest apa yg perlu buat. Sekiranya kita buat kat semua ni di private hospital.. Kos untuk CT Scan tu dalam RM2000 & mamogram lak dalam RM300. Dapat result tu doktor akan suggest apa yang perlu.. sebab kadang-kadang sel kanser ni tidak nampak yer.. Tapi kalau dalam darah tu dah ada agen kanser u must ready dengan macam-macam benda... (macam situasi ana). Dalam situasi ana ni lepas dalam ct scan dan mamogram tak menunjukkan ada sebarang keganjilan. Dr Seow terus forwardkan ana ke sifunye.. direct call arrangekan appoinment. Sifunya -->> Prof. Yip di Hospital Universiti Malaya. Seksanya nak gi Hospital ni... parking susah ooo.... Lepas jumpa Profesor Yip (yang kusangkakan lelaki.. rupanye pompuan..) ana disuggest untuk buat pembedahan buang kelenjar... Sekali lagi kena bedah la pulak.. Okeh cukupla cerita ini sampai sini dulu... nanti sambung ekk...
perkara ke-dua bila dah tahu kena kanser.. of course nak tahu kanser apa kan.. lagi satu mesti nak tahu stage berapa kanser kite tu... ekceli tak salah nak tahu cuma yang penting sekali iaitu..
marker report kanser kite... iaitu ER, PR dan HER2.
ER - Estrogen
PR - progesterone
HER2 - Human Epidermal growth factor Receptor 2
semua ni penting untuk kita tahu ye.. N satu lagi drug yang diberikan untuk kemoterapi juga kite perlu tahu.
Okeylah... nanti kita sambung lagi ekk.. ada lagi tau..
** Sulaman reben baru je siap nanti ade masa ana upload...




Selasa, Jun 01, 2010

Part 1

Salam semua... Semoga semua sihat sejahtera..

Saja nak share story pasal kesihatan ana. Sekarang ni masa tengah tulis post ni ana berada di hospital... baru saja admit.. Nurse pon baru saja amik berat, tekanan darah, pakaikan tag, check suhu.. n seperti biasa kalu masuk spital mesti kite kena interview kan... hehhheehehee...

Dalam bilik ni takde teman.... sorang2 jer ni... seb baik ade tv.. itu yg penting kalu tak mesti bhusan tahap gaban...

Esok pagi2 lagi ana akan melalui pembedahan buang kelenjar ketiak... sebagai pesakit kanser... kelenjar ketiak tu mmg kena buang untuk mengurangkan risiko merebak... tadi doktor Foo (my doktor) telah terangkan siap dengan gambar lagi kawasan yang dia akan buang n macam2 la... aduiiihhh.... riso jugak ni... Harap semua doakan ana cepat sembuh yer....

nanti kite sambung lagi...